Posted by: menengah3na | Ogos 24, 2008

Nur Azman

Pada suatu hari,Pak Belalai mendapat ilham untuk membuka kedai menujumkan masa depan mereka dengan menilik tangan mereka.Belalai disuruh menampal poster tersebut.Ketika menampal poster tersebut,sekumpulan remaja tidak percaya akan kuasa tersebut dan mencubanya.

           Jerat Pak Belalai sudah mengena.Dia menilik perihal masa depan remaja-remaja itu dengan menggunakan semangkuk Mi Soto.Setelah membaca doa makan,beliau memberitahu kepada remaja-remaja itu bahawa salah satu daripada mereka akan ditimpa kemalangan lalu memakan Mi Soto itu yang dimasak oleh isterinya.Cara kebetulan,kata-kata PaK Belalai itu menjadi nyata dan mula dari hari itu,penduduk estet perumahan berdekatan mula percaya pada kuasa menilik Pak Belalai.Lalu kedainya itu diserang pelanggan.

          Beberapa hari kemudian,perdana menteri Singapura meminta menujumkan nasibnya tentang Sukan Olimpik yang akan tiba tidak lama lagi.Pak Belalai mati akal akan permintaannya itu.Pak Belalai memberitahunya bahawa jika dia mahukan sebuah pingat yang dingini itu,dia harus mengambil bakat tempatan bukan daripada negara yang lain.Perdana Menteri itu mengikuti kata-kata Pak Belalai itu.Jika Pak Belalai didapati menipu atau kata-katanya itu tidak benar,kepalanya akan dipancung.Dia sedar bahawa kata-katanya itu mungkin tidak menjadi nyata tetapi beliau ingin anak Singapura memasuki dan bertanding dalam Sukan Olimpik.Beliau ingin sangat melihat anak waris Singapura menjadi juara dalam apapun jua sukan yang dimasuk dan Pak Belalai sanggup meletak nyawanya demi melihat cita-citanya itu.

           Dua hari selepas pembukaan rasmi Sukan Olimpik,tiada pingat dimenangi Singapura lalu Pak Belalai mula merasa gelisah.Pak Belalai meminta isterinya membuat kopi sementara menonton telivisen.Beliau menonton Sukan lumba lari dan salah daripada mereka adalah pelari Singapura.Beliau amat berharap akan pelari ini menang dan mendapat pingat emas.

           Pelarian itu bermula dan jantung Pak Belalai berdagap-degup kerana nyawanya tergantung dengan pertandingan tersebut.Pelari itu dapat tempat  pertama dan nyawa Pak Belalai terselamat.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.