Posted by: menengah3na | Julai 13, 2008

3B1 Ain Demonstrasi Bantah Kenaikan Harga Minyak Di Malaysia

    Buah mata saya tertarik dengan artikel yang dinyatakan di atas yang dipaparkan di muka surat satu di akhbar Berita Harian.

    Artikel tersebut mengatakan sebanyak 10,000 rakyat Malaysia telah menghadiri ‘majlis’ yang dilarang kerajaan Malaysia. Mereka yang dipercayai penyokong parti pembangkang, Anwar Ibrahim, telah membantah dan berprotes mengenai kenaikan harga minyak.

    Saya berkatakan pada diri saya jikalau saya salah seorang penduduk serta rakyat Malaysia yang berdiam di sana, saya akan berasa betapa malu atas tindakan penyokong yang telah membantah dan mengingkari larangan di sana. Mereka seharusnya tidak boleh berbuat demikian.

    Jikalau seseorang itu ‘memikir dalam’ secara mengadakan fikiran yang luas, dia akan berpendapat bahawa kerajaan Malaysia tidak ada pilihan tersendiri bagi kenaikan harga minyak dan juga kos kenaikan kehidupan masa kini.

    Secara catatan terakhir, mereka tidak seharusnya bertindak demikian.

 


Respon

  1. Saya gembira melihat kematangan anda dalam menilai tindak laku para penduduk malaysia. Sememangnya, ia merupakan satu tindakan yang kurang wajar,terutamanya terhadap golongan pemerintah, kerana isu tersebut melanda seluruh dunia, termasuk Singapura.
    Kesopanan dan ketelitian dalam menyatakan ketidaksenangan perlu berpada-pada tanpa bersikap kurang tertib terdapat golongan yang berautoriti.
    Mungkin, sebagai tambahan, anda dapat membezakan antara respons dan reaksi warnanegara Singapura dengan Malaysia. Para pemandu kenderaan dan pemandu teksi juga terjejas dalam situasi yang sama, namun, cara mereka menyatakan ketidaksenangan dan kebimbangan terhadap pemerintah amatlah berbeza, meskipun terdapat golongan yang menyokong parti lain selain daripada PAP.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.